Cara Elak Perbualan Dengan Bukan Mahram

Permudah Hidup -


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca setia dan yang baru hadir ke blog kecil saya. Selamat datang saya ucapkan.
Artikel ini saya ingin berkongsi cara untuk elak perbualan dengan bukan mahram.
Apa Itu Mahram?
Untuk memahami artikel ini, anda pertama sekali perlu tahu apa itu mahram. Mahram adalah mereka yang haram berkahwin dengan kita.
Saya pinjam gambar golongan mahram ini daripada blog saudari Ukhti Azza.

Baiklah. Perlu saudara saudari bezakan. Mahram dengan Muhrim, dua perkara yang berbeza.
1. Mahram adalah golongan mereka yang kita diharamkan berkahwin
2. Muhrim adalah mereka yang sedang melakukan ihram haji atau umrah.
Kenapa perlu elak perbualan dengan bukan mahram?
Perbualan dengan bukan mahram terkadang boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Tidak dinafikan dunia yang serba berubah dan zaman sosial ini memerlukan kita untuk berbual dengan bukan mahram mungkin untuk urusan berjual beli dan sebagainya. Urusan yang mustahak adalah harus untuk berbual dengan bukan mahram, dengan syarat tidak melampaui batas dan had.
Cara-cara elak berbual dengan bukan mahram
1. Tidak layan
Mudah. Kebanyakkan mereka yang berbual terutama di medan sosial suka untuk berbual hal yang remeh temeh. Sampaikan mereka akan berbual melebihi batas pergaulan mereka. Mereka ini tidak perlu dilayan. Sekiranya berhadapan dengan seseorang, lebih banyakkan berdiam diri dan setakat mendengar sahaja. Bercakap jika perlu.
2. Jangan upload gambar
Terutama wanita. Wajah yang dimuat naik ke dalam media sosial lebih menimbulkan fitnah, pasti ada sahaja mereka yang ingin berborak. Semakin lama berborak semakin berubah pola perbualan tersebut. Berhati-hati.
3. Katakan anda sibuk
Ada sahaja mereka yang persistent untuk menganggu hidup. Sudah diberitahu tidak mahu berbual, mereka tetap sahaja berdegil. Berikan sahaja alasan anda sibuk, walaupun anda tidak sibuk sebenarnya. Biarlah mereka kata anda sombong atau sebagainya, menjaga batas pergaulan adalah lebih penting.
4. Kemukakan pada mahram anda
Anda boleh mengemukakan orang yang ingin berbual dengan anda tersebut, kepada mahram anda. Sekiranya anda lelaki, dan mereka yang ingin berbual/bertanya itu bukan mahram, anda boleh sarankan agar mereka bertanyakan soalan tersebut melalui/kepada adik-beradik perempuan anda.
5. Elak terlampau bersosial
Terlampau bersosial sama ada di media sosial ataupun dunia sebenar, lebih kepada mengundang parah. Hadkan masa anda dengan bersosial, dan bersahabat dengan mereka yang baik akhlaknya. Kerana mereka yang berakhlak juga akan secara sendiri menjaga batas pergaulan dan percakapan.
6. Jangan berikan privasi
Nombor telefon anda dan emel adalah maklumat yang dicari-cari. Simpan dan jaga privasi nombor telefon dan emel anda. Hanya berikan kepada mereka yang dipercayai dan mempunyai urusan-urusan tertentu sahaja.
Baiklah, saya rasa setakat itu sahaja yang dapat saya perahkan. Sekiranya anda ada cadangan lebih baik dan sebagainya, sila komen di ruangan komen di bawah 🙂Blog Islam

Postingan Serupa

0 komentar: