Ketahui Impak Teknologi Dan Cara Mengawalnya
Permudah Hidup -
Assalamualaikum dan sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung setia blog kecil ini. Dengan kemajuan teknologi yang tiada had dan kepantasan internet, pelbagai perkara boleh terjadi. Kesempatan ini ingin saya sampaikan mengenai impak teknologi kepada dunia Islam, kelebihan serta keburukan, dan cara mengawalnya.
Komputer, telefon bimbit dan sebagainya, semakin berkembang maju, dan kita hampir lupa bagaimana rupa mereka saat mereka mula-mula diwujudkan. Dahulunya hanya mereka yang tertentu sahaja dapat memiliki teknologi ini, namun sekarang teknologi ini menjadi mampu milik.
Ya, mampu milik, bermakna ada kelebih; dan keburukan.
Tidak dinafikan, teknologi ini telah banyak membantu masyarakat muslim di pelosok dunia. Terdapat aplikasi al-Quran, internet dapat membantu pengguna melihat video ceramah dan artikel-artikel menarik.
Namun, pengguna hanya memanfaatkan teknologi ini dalam kadar 30 peratus. Selebihnya kerap digunakan ke arah kelalaian, sedar mahupun tidak.
Impak Teknologi
Alat-alat yang menggunakan tenaga eletrik ini, memberi bantuan besar kepada perkembangan Islam. Masyarakat dapat mengambil manfaat darinya. Ilmu agama disampaikan tanpa had. Teringat seketika saat zaman Nabi s.a.w., dimana penyebaran Islam terlalu terhad kerana kuasa-kuasa besar kafir. Namun Allah telah memudahkan kita pada zaman ini, masih ada juga yang tidak menggunakan kesempatan ini untuk membantu diri mereka sendiri. Sebagai batu loncatan, alhamdulillah banyak kebaikan orang ramai telah memanfaatkan darinya. Semakin ramai yang mengetahui mengenai Islam dan sebagainya.
Media Massa
Ketepatan. Itu sahaja yang dapat kita nilai. Kebanyakkan maklumat yang disampaikan melalui media massa meragukan, dan kadang kala ketara perbezaannya dengan maklumat dari media lain. Namun masyarakat kita gemar dan kerap menyebarkan perkara yang tidak diketahui asal usul. Kerajaan dan agama telah menekankan mengenai maklumat yang tidak diketahui asal usul agar tidak disebarkan tanpa kaji selidik terlebih dahulu.
Masyarakat perlu peka dan mestilah lebih bijak mengenai hal ini. Jangan menyebarkan perkara yang tidak diketahui asal usul, kecuali telah disahkan pihak-pihak yang benar. Kerana kebanyakkan berita banyak menggugat keimanan dan keteguhan hati kita, berhati-hati.
Hiburan
Mengenai isu ini, dapat kita perhatikan, hiburan semakin tidak berhad dengan perkembangan teknologi. Tidak salah berhibur, namun jika menyebabkan kelalaian, maka adalah tidak baik. Kita semakin jauh dengan Allah disebabkan sesuatu alat kecil.
"Amatlah malu di akhirat kelak bila Allah bertanya kepada kita, 'Mengapa kamu lalai terhadap-Ku?', dan kita menunjukkan alat kecil ini kepada Allah."
Sahabat-sahabat suatu ketika dahulu sedih sekiranya mereka terlalai walaupun sedikit, dengan dugaan yang mencabar, mereka tetap teguh kepada Allah.
Berdoalah agar kita tidak malu di akhirat kelak semata-mata kerana sebuah alat yang lebih kecil daripada tapak tangan, yang tidak mampu dikawal.
Internet
Diwujudkan pada suatu ketika dahulu untuk penyebaran data dan maklumat-maklumat penting, kini dijadikan penyebaran perkara yang baik; dan juga buruk.
Anak-anak muda ketika ini amatlah tinggi risiko terdedah kepada bahagian negatif internet, disebabkan sifat mereka yang ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, mengetepikan isu baik dan buru.
Ibu bapa memang memainkan peranan penting. Ibu bapalah yang mencorak anak-anak mereka, seperti mana pelukis mencorakkan kertas putih menjadi lukisan berwarna indah.
Namun tersilap langkah, amat memberikan kesan buruk dalam tempoh masa yang panjang.
Anak muda perlu didedahkan dengan dunia sebenar, disebalik alam maya yang mereka kerap tuju.
Jika dikatakan lalai dengan dunia adalah memalukan di akhirat, lalai dengan dunia maya tidak terhingga malunya. Semoga kita mampu mengawal jadual harian kita daripada mengisi sepenuhnya kepada kelalaian. Allah boleh menarik nyawa kita pada bila-bila masa, saya juga tidak terkecuali, walaupun ketika sedang menulis ini.
Sosial
Kelebihan teknologi zaman sekarang melebihi teknologi dahulu adalah sistem bersosial melalui dunia maya. Ramai kenalan lebih mudah didapati daripada dahulu, di mana terpaksa meredah lautan dan panas suatu ketika dahulu. Meskipun di dalam dunia maya, adab dan agama perlulah dijaga. Ramai yang memandang remeh, dengan beranggapan dunia maya dan dunia sebenar adalah sesuatu yang terpisah, jadi mereka mengasingkan personaliti mereka.
Di mana tapak kaki kita berpijak, itu menandakan kita berada di atas dunia yang sama. Janganlah kita lalai dengan bersosial, hingga lupa tanggungjawab kepada Allah s.w.t.
Wallahu alam, sekiranya saudara saudari mempunyai idea yang dapat ditambah dalam pengisian ini, silakan beri respons di dalam ruangan komen di bawah. Semoga Allah rahmati kita semua hendaknya, ameen ya robbal 'alamin.Blog Islam
0 komentar: