Perginya Seorang Muslimah - Datuk Sharifah Aini
Permudah Hidup -
Sedang kita bergembira di bulan Ramadhan, telah pergi seorang wanita solehah ke hadrat Ilahi.
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Allahyarham(Allahyarhamah) yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
-Petikan Astro Awani(http://www.astroawani.com/) pada Sabtu, 5 Julai 2014
Alangkah bertuahnya beliau kerana Allah memilihnya pada bulan yang mulia ini. Semoga menjadi pengajaran dan kesedaran untuk kita sentiasa beramal ibadat di bulan yang mulia ini.
Berikut adalah tambahan petikan daripada Astro Awani.
Allahyarham(Allahyarhamah) meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.
Allahyarham(Allahyarhamah) telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.
Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah.Blog Islam
0 komentar: