Tahun Baru 2015 - Do's and Dont's

Permudah Hidup -


Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca setia saya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa tahun baru anda untuk membaca artikel saya yang serba kerdil ini.
Jadi bagaimana anda menyambut tahun baru anda?


"Kami minum di gerai mamak je. Nasi lemak, mee goreng, ayam masak merah semua kami order."


Habis ke?
1. Berjimat
Ok, sekarang tahun baru menjelma, ada yang tangan tidak sabar untuk beli itu ini. Memandangkan banyak sale tahun baru, semua hendak dibelinya.
Saudara-saudari sekalian. Hanya kerana sale, janganlah dibazirkan pula. Serupa sahaja tiada sale juga. Duit perlu dijimatkan, kerana kita tidak tahu bila masa akan timpa masalah. Saya sarankan sedekahlah kepada mangsa-mangsa banjir. Belikan mereka pakaian baharu pun tidak apa. Alang-alang sudah tahun baru, mulakan azam menabung. Kepada yang baru berumah tangga, Insha-Allah duit tersebut akan digunakan kelak untuk keperluan anak-anak kecil comel anda.
2. Jangan tamak
Mungkin hampir sama dengan point di atas. Tapi ini mengenai makanan pula. Kerap saya lihat ada mereka yang menghabiskan wang mereka membeli berpinggan-pinggan lauk-pauk dan makanan. Kesudahannya, tauke terpaksa sapu ke dalam tong sampah.
Ingat, kita kesenangan, ada mereka yang lebih susah. Berpada-pada makan, ingatlah, Allah yang beri rezeki bukan Tahun Baru.
3. Parti
Bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batas adalah dilarang dalam Islam. Bukanlah Islam melarang kita untuk bergembira, tetapi ada batasnya. Ianya haruslah dilakukan secara sederhana dan sopan, serta tidak melibatkan perkara haram seperti minum arak dan berzina.
4. Solat Hajat
Ramai yang tidak memandang serius soal solat hajat. Solat hajat adalah solat yang dilakukan untuk memohon sesuatu kepada Allah. Dengan tahun baru ini, pastinya semangat kita pun baru. Gunakan semangat tersebut untuk beribadat kepada yang Esa.
5. Merempit
Jangan.
6. Sedekah
Jom bersedekah. Bukan kita sahaja yang menyambut tahun baru. Mereka yang tidak berkemampuan turut menyambut tahun baru, namun dengan kekecewaan. Mereka pasrah kepada Allah. Apa salahnya kita berikan sedikit sumbangan kepada mereka. Nama pun saudara sesama Islam, tidak kiralah apa bangsa sekalipun. Tidak lupa juga berbuat baik kepada yang non-Muslim. Kita berjiran sesama mereka, bawah atap langit yang sama indah.
7. Menghafaz al-Quran
Manusia memang suka mulakan sesuatu daripada awal. Apa kata gunakannya untuk mulakan menghafal al-Quran daripada awal tahun lagi. Ini adalah motivasi terbaik untuk anda yang mahukan azam baru. Dan anda patut bersyukur diberikan nafas untuk menyambut tahun baru bersama keluarga. Fikirkan mereka yang lebih malang daripada kita.
8. Aktifkan Masjid
Masjid di Malaysia banyak yang turn off. Cubalah hidupkan dan imarahkan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat seperti hafazan al-Quran, tarannum, tazkirah dan sebagainya. Hidupkan komuniti yang beriman dan sihat.
9. Meminta ampun
Seperti remeh bukan. Tapi percayalah, ramai yang hatinya terbuka untuk memaafkan kesalahan di tahun baru. Rebut peluang ini untuk berbaik-baik semula dan merapatkan jurang yang wujud antara satu sama lain. Pertalian persaudaraan sesama Islam haruslah dijaga dengan baik, kerana mereka adalah darah daging sesama agama kita juga. Sama-sama saling memerlukan bila susah dan senang.
10. Kongsi
Kongsilah artikel ini kepada sahabat-sahabat sebagai bahan bacaan tahun baru anda. Saham pahala anda juga bukan?
Baiklah, saya rasa setakat ini sahaja. Pena diletak, jari disusun mohon ampun sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan saya. Sekian terima kasih 🙂
Kalian ada sebarang idea dan cadangan untuk ditambah sempena tahun baru? Moh komen di bawah 😉
Blog Islam

Postingan Serupa

0 komentar: