Takdir Dari Ilahi

Permudah Hidup -


Permandangan di Kaherah, Mesir begitu syahdu dan menyerlahkan lagi sifat ketamadunan di bumi para anbiya' ini. Itulah yang dirasakan oleh seorang pemuda, Ahmad Fawwaz Zarin. Anak sulung daripada empat beradik ini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang abang dan seorang ayah bagi menanggung adik-adik dan ibunya di Malaysia setelah bapa yang dicintai telah kembali ke rahmatullah.
"Akhi Fawwaz, bila mahu bernikah, umur sudah 27 tahun. Seharusnya tahun akhir ini akhi sudah dapatkan calon. Biar senang hati orang tua di Malaysia". Soalan itu seumpama panahan kilat buat dirinya. "Lepas habis Master, insya-allah datanglah jodah tu". Dia berlalu pergi meninggalkan sahabatnya,"jika ditunggu lama, pasti ada sahaja soalan kilat yang ditanyanya". Dengus Fawwaz dalam hatinya.
"Insya-allah, jika tesis enta di luluskan, enta pulang ke Malaysia dengan menggondol gelaran Master." kata-kata Ustaz Mujab yang begitu memberangsangkan."sudah ada calon?".Fawwaz terpana seketika mendengar soalan itu."Belum ada lagi, Ustaz."Jawabnya dengan nada tenang. "jika kamu mahu, Ustaz akan memperkenalkan seorang calon, yang merupakan anak saudara ana sendiri. Namanya Ana zahiratul asrar. Kamu mahu dikhitbah dengan dia?"."Jika ustaz rasa itu yang terbaik, insya-allah ana terima seadanya."
Dalam perjalanan pulang daripada rumah Ustaz Mujab, di dalam bas, Fawwaz membuka warkah yang dikirim oleh adiknya dari Malaysia.
Assalamualaikum abangku yang tercinta, abang tidak perlu mengirim duit lagi. Abang gunakan sahaja duit itu untuk tambang dan perbelanjaan abang pulang daripada Mesir. Husna sekarang sudah menjadi penulis. Husna juga ditawarkan menjadi penyampai radio di salah sebuah stesen radio di Kuala Lumpur ini. Abang tidak perlu bersusah payah lagi berniaga tempe dan bakso. Rana, adik-adik dan ibu mendoakan kejayaan abang di sana. Ibu seperti biasa mengirim titisan air mata kerinduan kepada abang, Daripada adikmu yang dicintai, Zahrana.
Tanpa disedari, butir-butir mutiara mulai jatuh setelah membaca warkah daripada orang yang dicintainya itu. Tiba-tiba ada seorang wanita telah menyapanya dari sebelah.
"Assalamuaaikum, enta min Malaysia?".
"Ya, ana dari Malaysia".
"Kalau boleh ana tanya, gedung buku darul luqman di mana?".
"Enti terus dari sini, dan belok ke kiri. Saya juga turun di situ."
"Biasanya saya beli buku di gedung buku di Medan, Mesir," kata wanita tersebut sambil mengukirkan sebuah senyuman.
Fawwaz memikul 5 kilogram kacang soya dan menjinjing sebekas yang diisi dengan daging.
"Jadi, inilah bahan yang terakhir untuk diniagakan sebelum pulang ke Malaysia."
Bicaranya dalam hati. Ketika di dalam teksi, fikiran Fawwaz masih terngiang-ngiang dengan tawaran Ustaz Mujab. Apakah wanita itu mampu menjadi isteri dan ibu yang baik buat dirinya dan anak-anaknya kelak. Sambil memandang permandangan di luar teksi, secara tiba-tiba pandangannya terhenti pada dua orang wanita yang kelihatan seperti dalam kesulitan. Lantas disuruh pemandu teksi tersebut untuk berhentikan kereta di tepi jalan.
"Apa yang terjadi ukhti?", tanya Fawwaz.
"Dompet Ukhti Ardah telah dicuri ketika di dalam bas. Kami sama sekali tidak ada duit untuk pulang. Kami juga baru sedar yang buku-buku kami telah tertinggal di dalam bas tadi".
"Sudah berapa lama bas tersebut pergi?"Soal Fawwaz.
"Sekitar lima minit yang lalu".
Fawwaz mengajak kedua-dua wanita tersebut untuk masuk ke dalam teksi yang dnaikinya. Dia juga menyuruh pemandu tersebut mengejar bas tersebut dengan wang tambang dinaikkan oleh pemandu tersebut. Fawwaz bersetuju dengan permintaan pemandu tersebut.
Sambil menyelak helaian-helaian buku, Fawwaz teringat kejadian yang berlaku pagi tadi.
"Terima kasih banyak-banyak, enta sudah bantu kami".
"Tidak ada masalah, kalau tiada apa-apa, saya pulang dahulu, takut pemandu itu minta dinaikkan tambang lagi".
"Akhi, boleh saya tahu siapa nama?".
Jawab Fawwaz ringkas,"Ahmad". Fawwaz terus masuk ke dalam teksi Dia juga menyedari wanita itu adalah wanita yang bertanya di mana kedai buku kepadanya ketika di dalam bas. Dalam fikirannya, apakah Ana jauh lebih anggun daripada wanita itu. "Astaghfirullah". Pantas dia beristighfar setelah dia sedar bahawa fikirannya sudah meleset.
"Program Cintai Rasul sangat bagus khas buat pemuda sekarang bagi membentuk akhlak mereka. Selaku moderator, saya sangat suka slot puisi oleh Zahrana. Kalau boleh saya tahu, siapa yang menjadi pendorong Husna bergiat aktif dalam bidang puisi ini?" Tanya Ana dengan penuh minat.
"Sebanarnya Kak Ana, abang saya yang menjadi pendorong utama. Dia kata ayat-ayat saya ketika mengirimkan surat amat puitis. Kenapa tidak dikembangkan sahaja. Jadi saya membuat keputusan untuk kembangkan bakat ini. Syukur ia menjadi kenyataan. Abang telah membanting tulang dengan berniaga tempe dan bbakso di Mesir demi menyara kami, adik-adik dan ibu." Jawab zahrana dengan nada sedikit tangis.
"Kak Ana kenal abang Fawwaz? Dia sudah 7 tahun barada di Mesir." Soal Sarah adik Zahrana mematikan suasana sedih.
"Maaf dik, Kak Ana sendiri secara keseluruahan belum begitu kenal dengan sarjana di Mesir dari Malaysia."
"Tidak apa-apa Kak Ana, sebentar lagi Abang bakal menamatkan Masternya di Mesir. Dia akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Boleh kami jodohkan Kak Ana dengan abang kami" Tambah Sarah lagi.
Suasana bertambah ceria dengan gelak ketawa setelah mendengar kata-kata Sarah.
"Sewaktu Ilyas dan ahli keluarganya datang merisik, kamu seolah-olah tidak mahu menerima lamaran itu, apakah sudah ada orang yang menggoda hatimu, Ana?" Soal ibu yang ingin kepastian soal jodoh anak kesayangannya itu.
"Sebenarnya ada, namanya…Ahmad. Dia sangat menjaga kaum wanita. Lelaki itulah yang menolong Ana dan Ardah ketika kes kecurian di dalam bas di Mesir. Dia sangat menjaga kaum wanita, ibu." Jawab Ana dengan tenang. "Tapi Ana tidak tahu dia dari mana dan nama penuhnya."
"Ana, Ana. Sudah ada yang tertarik tapi asal-usulnya tidak tahu". Kata ibu Ana sambil mencubit pipi anaknya itu.
"Umi, tentang lamaran daripada Ustaz Mujab itu, Ana istikharah dulu. Tiba-tiba hati ini rasa ada ketertarikan."Kata Ana bersulam senyuman pada wajahnya.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Di mana abang dan anak lelaki satu-satunya telah sampai ke Malaysia setelah selesai menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat Master sambil berdagang tempe dan bakso di bumi para anbiya' itu. Di lapangan terbang, Zahrana telah menunggu abangnya. Dari kejauhan dia dapat mengenali susuk tubuh lelaki yang tinggi, mempunyai warna kulit yang cerah dan menampakkan lesung pipit di saat senyumannya terukir meskipun sudah 7 tahun tidak berjumpa. Lantas air mata mulai jatuh ke bumi di saat Zahrana menyalami abangnya dan dikucup dahinya tanda kerinduan dan kasih abang kepada adiknya. Di dalam kereta, mereka berbual-bual dengan rancak sekali dan penuh keriangan. "Abang perlu hadir dalam majlis penyampaian anugerah penulis dan perasmian novel terbaru Rana." "Wah, makin bertambah maju kamu Rana! Abang bangga dengan kamu. Abang tidak sabar-sabar mahu bertemu dengan ibu, Husna dan Sarah." Kata Fawwaz.
Mereka saling kagum-mangagumi antara satu sama lain. Meskipun Zahrana bukanlah sarjana luar negara, namun abangnya tetap bangga dengan pencapaiannya.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong saya. Trofi ini adalah buat Abang saya. Dialah pahlawan saya yang bermati-matian menyara hidup kami sekeluarga setelah ayah meninggal dunia. Seorang abang yang menunut di Al-Azhar Kaherah, Mesir terpaksa membanting tulang berniaga tempe dan bakso bagi menaggung pengajian saya dan adik-adik. Selama 7 tahun dia di sana dan tidak dapat pulang ke Malaysia, demi memperjuangkan nasib adik-adik yang dicintainya. " Semua hadirin yang memenuhi dewan memandang pemuda yang dimaksudkan oleh penulis muda tersebut. "Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah tuhannya, tidak pernah lelah menebarkan mekar aroma bahagia, tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala, kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah membahagi cerah cahaya, tak pernah lelah menghangatkan jiwa." Semua hadirin memberi tepukan yang gemuruh atas ucapannya tentang pengorbanan abangnya dan sajak yang begitu mengharukan dan boleh menggetarkan jiwa para pendengar.
Sesampai sahaja mereka di rumah, Fawwaz terus memeluk kaki ibunya yang sudah terpacul di hadapan rumah sebelum kereta masuk ke halaman rumah lagi menanti kehadirannya. Kedua-dua insan tersebut mengalirkan air mata kerinduan. Ibu Fawwaz mengucup dahi anaknya yang sudah lama tidak ditemuinya. Setelah itu, Fawwaz menyalami adik-adiknya dan memberikan kucupan pada dahi tanda kasih dan kerinduan yang tidak terkata. Seluruh isi keluarga mengalirkan air mata kerinduan yang sukar digambarkan. "Umi, Fawwaz mohon maaf jika apa yang Fawwaz ingin katakan ini begitu lancang. Esok pagi Ustaz Mujab mengajak kita sekeluarga ke rumah anak saudaranya yang akan dikhitbahkan dengan Fawwaz ." Kata Fawwaz sambil mencedok lauk yang disediakan oleh ibu dan adik-adiknya di meja makan. " Subhanallah Fawwaz, Umi pasti izinkan. Kamu sudah selayaknya menikah. Umi redha dengan gadis yang bakal kamu nikahi." Ruang makan menjadi ceria dengan senda gurau Fawwaz dan adik-adiknya.
Kehadiran Fawwaz dan keluarganya disambut begitu mesra oleh keluarga gadis tersebut seolah-olah mereka sudah saling mengenali. "Subhanallah, Kak Ana!". Kata Zahrana dengan nada terkejut. Ana juga begitu terkejut dengan kehadiran Zaharana. Mereka saling berpelukan. "Kak Ana, inilah abang saya, Fawwaz." Sambil menarik tangan abangnya yang sedang asyik memandang permandangan di sekitar rumah tersebut, sementara yang lain masuk ke dalam rumah. "Saya kenal lelaki ini, tapi namanya bukan Fawwaz tapi namanya Ahmad." "Betul, namanya Ahmad. Tapi nama penuhnya Ahmad Fawwaz Zarin." Fawwaz tersenyum sambil menundukkan pandangannya. Dia tidak menyangka gadis yang ditolongnya ketika kejadian kecurian di Mesir adalah Ana Zahratul Asrar dan merupakan anak saudara Ustaz Mujab. "Subhanallah, Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu." Bicaranya dalam hati. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah bagi memulakan majlis pertunangan antara Ana dan Fawwaz. Ustaz Mujab memberi peluang kepada Ana untuk meminta mahar pernikahannya. "Saya ingin mahar pernikahan saya ialah senaskhah al-quran yang telah siap dikhatamkan oleh bakal suami saya sebelum majlis ijab qabul diadakan." Kata Ana dengan nada yang tenang. Semua yang hadir tersenyum dan mengagumi dengan akhlak yang dimiliki oleh Ana. Emas dan perhiasan bukan menjadi idamannya seperti wanita-wanita yang lain. Namun dia percaya bahawa barakah dalam rumah tangga hadir apabila al-quran dan assunnah menjadi panduan.
Majlis Ijab Qabul yang diadakan di Masjid Asy-Syakirin dihadiri oleh rakan-rakan, saudara-mara dan jiran tetangga dari kedua-dua belah pihak. Sebaik sahaja akad dilafazkan oleh Fawwaz, Ana sudah sah menjadi isterinya. Ana memeluk ibunya sambil butir-butir mutiara mengalir jatuh ke bumi. "Umi, lelaki ini yang menggoda hati Ana". "Apa maksud kamu Ana?". "Tanya ibunya kehairanan. "Lelaki ini yang namanya Ahmad, Ahmad Fawwaz Zarin." "Subhanallah, semuanya telah diatur dan terprogram dalam Luh Mahfuz Allah. Hanya dia yang maha mengetahui." Kata ibunya sambil senyumannya terukir. Ana bersalaman dan berpelukan dengan ibu mertuanya dan adik-adik iparnya sementara suaminya sedang solat sunat. "Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu ini." Bisik Ana dalam hatinya.
"Tidak menyesal, kahwin dengan pembuat tempe dan bakso". "Asal maksud cinta". Jawab Ana. Pipinya dicubit mesra oleh suaminya. Dia bersyukur dikurniakan suami yang sangat baik seperti Fawwaz. "Aku mencintaimu kerana Allah, Ana". Bisik Fawwaz ke telinga Ana. "Ana juga, suamiku." Mereka saling membalas senyuman dan bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Begitulah nikmatnya cinta setelah bernikah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
***
Artikel ini disumbang oleh :
Nama : Anis Fadhilah
Nama Pena : Bintun Ridzuan
E-mel : anis_cendol95@yahoo.com
Berminat untuk menulis kepada kami juga? Sila hantarkan artikel anda dan isi borang di sini :
Menulis Artikel Untuk Blog IniAkucintakan Islam

Postingan Serupa

0 komentar: