Kepentingan Bahasa Arab
Permudah Hidup -
Merupakan suatu keperluan agar seseorang yang bergelar Muslim itu membiasakan diri mereka dengan Bahasa Arab sehingga suatu tahap mereka boleh memahami Al-Quran. Bahasa Arab adalah bahasa bagi Agama Islam — sentiasa dan akan sentiasa menjadi bahasa Agama Islam.
Muslim yang tidak mengetahui mengenai Bahasa Arab perlu sedar akan kerugian yang mereka sedang hadapi bahawa mereka tidak mampu untuk memahami dan membaca Ayat-Ayat Suci dari Sang Pencipta! Apabila mereka hanya membaca terjemahan al-Quran, mereka perlu ketahui bahawa itu hanyalah ayat-ayat dari penterjemah — bukan ayat daripada Allah Maha Kuasa.
Keindahan, kepetahan, rentak, i'jaaz — kesemua ini hilang dalam terjemahan. Di samping tidak mampu membaca ayat suci Al-Quran daripada Allah Maha Kuasa itu Sendiri yang disampaikan kepada Baginda Muhammad (s.a.w.), seseorang itu bergantung hanya kepada ayat terjemahan yang ditulis oleh sesuatu yang 'tidak kekal(penulis terjemah tersebut)', bukankah ini suatu kerugian?
Para Ulama', daripada Zaman Para Sahabat sehinggalah abad sekarang ini, semuanya mengakui kepentingan Bahasa Arab.
Ubay Ibn Ka'ab radhiyallahu anhu berkata :
"Ajarlah Bahasa Arab (yakni – Nahu/Tatabahasa) seperti kamu mengajar menghafal al-Quran!"
Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu anhu berkata :
"Bahawa aku membaca dan terlupa (sebahagian ayat – yakni bahasa Arab) itu lebih baik daripada aku melakukan kesalahan nahu!"
Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu pada zaman dahulu pernah melalui segolongan pemanah yang tersasar panahan mereka. Beliau menegur mereka, dan mereka menyatakan bahawa mereka hanya seorang yang baru belajar memanah, tetapi mereka membuat kesalahan tatabahasa dalam jawapan mereka itu. Lalu Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu berkata kepada mereka :
"Sesungguhnya kesalahan kamu dalam Nahu(tatabahasa) Bahasa Arab adalah sesuatu yang aku tidak boleh terima berbanding kesalahan kamu dalam memanah."
Imam Syafie rahimahullah berkata :
Maka, menjadi suatu kewajipan untuk seseorang Muslim berusaha mempelajari Bahasa Arab seboleh mungkin, supaya mereka boleh membuktikan 'Syahadah', dan membaca Kitab Allah (yakni al-Quran), serta melafazkan zikir yang wajib ke atas mereka; seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain zikir.
Dan lebih banyak mereka mempelajari bahasa yang Allah Maha Kuasa Sendiri yang menjadikan bahasa utama penghulu segala Nabi (Nabi Muhammad s.a.w.) serta menjadi bahasa wahyu terakhir-NYA, maka lebih baik untuk orang tersebut!
Untuk sebab ini, dapat dilihat masyarakat yang mereka amat lemah serta tidak endah dengan bahasa Arab ini, mereka lebih terjerumus untuk sesat berbanding mereka yang kukuh pada Bahasa Syurga ini.
Maka tidak hairanlah jika dinyatakan bahawa musuh Islam itu ingin memusnahkan Bahasa Arab, kerana mereka tahu kepentingan Bahasa Arab kepada umat Islam.
Sir Gladstone, salah seorang pemimpin Eropah berkata :
"Selagi mana seorang Muslim itu mempunyai al-Quran di tangan mereka, maka Eropah tidak punya harapan untuk menawan Timur."
Oleh itu, bersama-samalah kita mengukuhkan Bahasa Arab serta melazimkan diri untuk berbahasa dengan Bahasa Syurga ini.
Tidak hairanlah mengapa Kamal Ataa Turk, pemimpin Turki itu menggubal agar al-Quran dibaca dalam Bahasa Turki, walaupun ketika solat, serta mengubah tulisan Bahasa Arab dengan tulisan Eropah.
Wallahu alam
Dipetik sebahagian daripada kitab Science of Quran, oleh Yasir QadhiAkucintakan Islam
0 komentar: