Taubat Dua Anggota Polis Melihat Penghukuman Sayyid Qutb

Permudah Hidup -


Sayyid mengangkat pandangan matanya yang jernih. Wajahnya berhias senyum, yang kami tidak sanggup untuk menggambarkannya. Dan berkatalah beliau kepada jeneral tersebut: 'Sampai bila pun, aku tidak akan kembali membeli kehidupan yang fana ini dengan kebohongan yang tidak akan terhapus.'


Sesungguhnya para ulama dan pembaharu yang ikhlas dan sungguh dalam pengorbanan mereka di jalan Allah, akan menjadi penerang dalam kehidupan manusia.
Salah seorang di antara mereka adalah seorang da'ie dan pemikir, Sayyid Qutb. Peristiwa penghukuman yang meragut nyawanya, telah meninggalkan pengaruh yang teramat di hati orang-orang yang mengenalnya serta mengetahui kebenarannya, termasuk dua polis yang diberi tanggungjawab menjaga dan menghadiri penghukuman beliau.
Salah seorang dari mereka menceritakan kisahnya:
Ada beberapa hal yang tidak pernah kami bayangkan sebelumnya. Itulah yang membawa perubahan menyeluruh dalam kehidupanku.
Di dalam penjara perang, setiap malam kami menerima beberapa orang atau rombongan yang terdiri daripada orang tua, pemuda dan kaum wanita. Dikatakan kepada kami bahawa mereka itu adalah para pengkhianat yang bekerjasama dengan orang-orang Yahudi, untuk itu rahsia mereka harus dikorek. Dan tiadak ada jalan lain kecuali dengan seksaan yang paling berat. Alasan itu sudah cukup bagi kami untuk koyak daging mereka dengan bermacam pukulan cambuk dan kayu. Kami melakukan itu dalam keadaan yakin bahawa kami sedang menjalankan tugas suci. Baru setelah beberapa waktu, kami benar-benar menghadapi hal-hal yang tak sanggup untuk menafsirkannya. Kami melihat para pengkhianat itu selalu melakukan solat di tengah malam. Dan lisan mereka hampir tidak pernah berhenti berzikir, bahkaan saat diseksa sekalipun.
Sebahagian mereka ada yang mati di bawah pukulan cambuk atau terkaman anjing-anjing galak yang memangsa mereka, sementara mereka tersenyum dan terus berzikir.
Dari sinilah keraguan mula menyusup ke dalam hati kami, sebab tidaklah masuk akal orang-orang mukmin seperti mereka yang selalu berzikir itu adalah para pengkhianat yang bekerja sama degan musuh-musuh Allah.
Secara rahsia kami bersepakat bersama sahabat kami, untuk menghindari menyakiti mereka bila ada kesempatan untuk itu. Dan kami berikan pertolongan kepada mereka sebatas yang dapat kami lakukan.
Berkat anugerah Allah, kami tidak lama bertugas di penjara itu. Tugas terakhir yang dipikulkan kepada kami adalah menjaga sebuah sel terpencil. Dijelaskan kepada kami bahawa yang satu inilah paling berbahaya. Dialah otak dan pemimpin mereka yang mengatur segala sesuatunya.
Penyeksaan terhadapanya telah sampai batas yang membuatnya tak sanggup lagi untuk bangkit, lalu mereka mengangkutnya ke mahkamah tentera yang akan memutuskan permasalahannya.
Pada suatu malam datang perintah untuk menyiapkan tiang gantung, dan seorang tua pun masuk untuk menasihat dan mengingatkannya. Di pagi hari, pada hari berikutnya, aku dan sahabatku mengikat kedua lengannya, menuntunnya menuju kenderaan tertytyo di mana para terhukum yang lain lebih dahulu tiba di sana. Beberapa saat kemudian, kenderaan pun bergerak ke tempat hukuman mati. Beberapa kenderaan tentera yang bersenjata mengiringi kami untuk mengawasi mereka.
Dalam sekejap mata, setiap perajurit telah mengambil kedudukan yang telah ditetapkan sambil menggenggam senjata. Para petugas di situ telah menyiapkan segalanya, mendirikan tiang-tiang gantung mengikut jumlah terhukum. Kemudian masing-masing diiringi menuju tiang gantung yang telah ditentukan, kemudian dililitkan tali pada lehernya. Di samping tiap-tiap tiang pergantungan, berdiri seorang Portugis menunggu isyarat untuk menendang papan pijakan kaki terhukum. Juga di bawah setiap bendera hitam, berdiri polis yang bertugas mengangkatnya saat pelaksanaan.
Yang paling mendebarkan hati saat itu adalah kata-kata yang saling mereka pesangkan satu sama lain yang bersiap sedia untuk mati. Menyampaikan berita gembira akan bertemu di syurga yang kekal bersama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya. Kemudian mengakhiri setiap ungkapan dengan pekikan "Allahu Akbar! Baginya Segala Puji!"
Dalam detik-detik yaang menegangkan itu, kami dengar deru kereta semakin mendekat. Tak lama setelah berhentinya kereta, dan pintu yang terjaga pun dibuka, keluarlah seorang jeneral berpangkat tinggi berteriak kepada para Portugis "Tetap di tempat!"
Sang jeneral menuju ke arah seorang lelaki yang di gantungan, menyuruh polis lepaskan ikatan penutup mata dari kedua matanya serta mengangkat tali dari lehernya. Dan dia mula berbicara dengan lelaki tersebut.
"Wahai Sayyid, kami datang kepadamu membawa hadiah kehidupan dari presiden yang penyantun dan pengasih. Satu ayat sahaja yang kau perlu tanda tangan. Lalu, kau boleh minta apa saja untuk dirimu dan teman-temanmu itu."
Dia tidak menunggu jawapan, dan dibukalah buku yang ada ditangannya sambil berkata: "Saudaraku, tulislah ungkapan ini sahaja, 'Saya telah berbuat salah, dan saya minta maaf.'
Sayyid mengangkat pandangan matanya yang jernih. Wajahnya berhias senyum, yang kami tidak sanggup untuk menggambarkannya. Dan berkatalah beliau kepada jeneral tersebut: 'Sampai bila pun, aku tidak akan kembali membeli kehidupan yang fana ini dengan kebohongan yang tidak akan terhapus.'
Jeneral menjawab dengan nada yang berbaur sedih : "Tapi kematian, wahai Sayyid…."
Maka Sayyid menjawab: "Selamat datang kematian di Jalan Allah."
Allah Maha Kuasa, begitulah ketinggian iman. Dan tak ada lagi peluang untuk melanjutkan perbicaraan. Maka jeneral itu memberi isyarat kepada polis Portugis tersebut untuk melaksanakan hukuman.
Jasad Sayyid dan teman-temannya pun segera tergantung di udara. Sedankan dari lisan mereka, keluar kata-kata yang tidak dapat kami lupakan, dan tak pernah merasakan getaran sehebat waktu itu.


"La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah!"


Akucintakan Islam

Postingan Serupa

0 komentar: