Kisah Taubat Sayyid Qutb - Tokoh Pemikir Islam
Permudah Hidup -
﴿﷽﴾In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most MercifulMuqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾ “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………
“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”
“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”
Alhamdulillah, saya panjatkan doa kesyukuran kepada Allah kerana mengurniakan saya masa yang terluang untuk berkongsi dengan anda semua sebuah kisah taubat seorang penulis kitab Fi Zilalil Quran(Dalam Bayangan al-Quran) iaitu sebuah kitab tafsir al-Quran yang mashur. Beliau bermula sebagai seorang yang lalai juga seperti kebanyakan kita, tetapi akhirnya mati dalam kemanisan iman. Mari kita bersama merenungi dan mengambil iktibar dari kisahnya.
…………………………………………………………………
Di sebuah desa kecil di dataran tinggi Mesir, Sayyid Qutb telah dilahirkan. Beliau membesar dalam keluarga yang kuat agama. Ibu bapanya amat mengharapkan agar beliau menghafal al-Quran dan sebelum umur 10 tahun, beliau telah mampu melaksanakannya. Ketika mencapai umur sembilan belas tahun, beliau mengalami masa yang sia-sia, yang beliau sendiri nyatakan sebagai “masa atheis.”
Beliau berkata: “Selama sebelas tahun aku menjadi seorang atheis, akhirnya aku menemukan jalan menuju Allah dan mengenal erti ketenangan iman.”
Pada tahun 1984, Sayyid meninggalkan Kairo menuju Amerika, waktu itu beliau diutus sebagai utusan dari Kementerian Urusan Ilmu Pengetahuan. Keberangkatannya itulah yang menjadi langkah awal yang Allah tunjukkan dan membimbing beliau untuk menempuh kehidupannya.
Perjalan itu beliau tempuh dengan kapal laut yang membelah Laut Merah dan samudera Atlantik. Di dalam kapal, terjadi beberapa kejadian yang mempengaruhi kehidupan beliau yang seterusnya.
Sayyid Qutb berkata:
“Sejak lebih kurang lima belas tahun, kami berenam yang beragama Islam berada di dalam kapal Negara Mesir yang membawa kami menuju New York, daripada jumlah seratus dua puluh penumpang lelaki dan wanita, tiada satu pun yang beragama Islam.
Terdetik di hati kami untuk mendirikan Solat Jumaat di dalam kapal yang berada di tengah lautan itu. Allah Maha Mengetahui, bahawa yang mendorong kami untuk melaksanakan Solat Jumaat tiada lain hanyalah melainkan semangat agama, kerana menghadapi tugasan yang beroperasi di atas kapal yang telah berusaha untuk mempengaruhi kami.
Nahkoda kapal memberi keizinan untuk kami melaksanakan Solat Jumaat, dia berbangsa Inggeris. Para pekerja kapal, tukang masak dan nelayan yang semuanya beragama Islam dari Noba(Sudan) diizinkan untuk solat bersama kami, kecuali yang sedang bertugas ketika solat.
Mereka amat gembira kerana inilah kali pertama Solat Jumaat diadakan di atas kapal tersebut. Saya menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimami solat, sedangkan para penumpang yang beragama lain mengerumuni dan memerhatikan kami.
Selesai solat, ramai antara mereka yang mengucapkan selamat atas kejayaan kami dalam bahasa “Goddas(Goddas ialah roti yang melambangkan pengorbanan dan darah Jesus dalam ajaran Kristian)”.
Namun dari kerumunan itu, muncul seorang nyonya yang memegang tangan kami dengan hangat. Ia berkata dalam bahasa Inggeris dengan nada yang lemah bahawa ia tidak sanggup menahan dirinya daripada pengaruh yang teramat kuat dalam solat kami dari segi kekhusyukannya, keteraturannya dan penghayatannya. Selanjutnya, ia memperkenalkan dirinya yang berbangsa Yugoslavia dan beragama Kristian. Ia telah melarikan diri daripada kekejaman dan Komunisme Tito. Beliau terpengaruh dan akhirnya mencucurkan air mata, tidak sanggup menahan perasaannya.”
Setelah kejadian itu, dan dia bawah naungan pengalaman imaniah ini, Sayyid Qutb lalu bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah aku pergi ke Amerika dan menempuh perjalan di sana sebagaimana yang ditempuh oleh utusan-utusan biasa yang lain? Mereka yang hanya puas dengan makan dan minum sahaja? Atau adakah aku harus memiliki perbezaan dari segi tertentu?”
Apatah lagi dengan Islam anutannya dan pegangan teguh terhadap adab-adabnya, serta konsisten terhadap cara hidupnya di tengah masyarakat yang popular yang dilengkapi dengan segala kesenangan dan kenikmatan haram?
Beliau kemudiannya berkata:
“Aku ingin menjadi orang dengan caraku yang berbeza, iaitu sebagai seorang muslim yang multazim(tekun dan taat). Dan Allah hendak mengujiku, apakah aku ini bersungguh-sungguh dalam menempuh jalan yang aku pilih ini, atau hanya sekadar buah loncatan fikiran?”
“Ujian daripada Allah datang beberapa minit kemudian setelah aku memilih Islam sebagai keputusanku. Ketika aku memasuki kamar, tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk pintu kamarku. Seterusnya aku membuka pintu, ternyata aku dapati seorang gadis cantik berpinggang lansing, tinggi, lembut dan lampai. Segala yang mengiurkan nampak dari daerah-daerah ransangan di tubuhnya.
Dia mulakan pertanyaan kepada aku dalam bahasa Inggeris: “Apakah tuan berkenan sekiranya saya menjadi tetamu yang menemani tuan malam ini?”
Aku menolak tawaran itu dengan alasan bahawa kamarku hanya ada satu katil, dan hanya cukup untuk satu orang sahaja.
Gadis itu menjawab: “Sudah biasa satu tempat tidur untuk dua orang.”
Setelah menghadapi keganasan dan usahanya untuk memasuki kamarku secara paksa, aku terpaksa menolak pintu agar dia berada dia luar. Aku terdengar dia terpelanting di atas lantai kayu tempat orang berlalu lalang. Dia sedang mabuk.”
“Aku mengucapkan Alhamdulillah. Kejadian ini merupakan cubaan pertama dan aku merasakan kemenangan serta gembira, disebabkan aku dapat mengalahkan nafsuku yang telah mulai mengikuti jalan yang telah aku gariskan untuknya.”
Beliau turut menghadapi pelbagai dugaan setelah itu, namun beliau sanggup mengatasinya dan mengalahkan nafsunya yang selalu mengajak kepada kejahatan.
Setibanya di Amerika, beliau menyatakan:
“Ketika aku berada di Amerika Syarikat, aku telah melihat dengan mataku sendiri, gambaran firman Allah yang bermaksud:
“Ketika mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, maka Kami bukakan pintu-pintu segala sesuatu, sampai apabila mereka bersuka ria dengan apa yang mereka peroleh, maka tiba-tiba Kami seksa mereka sehingga mereka berputus asa.”[An-Nisa’ : 44]
“Apa yang digambarkan oleh ayat ini merupakan gambaran melimpahnya segala sesuatu berupa kekayaan dan rezeki yang tidak terhitung, yang hampir tiada mana tempat pun seperti yang di sana.
Aku telah melihat kesombongan suatu kaum dengan kemakmuran yang mereka miliki, anggapan mereka hanya untuk orang berkulit putih, cara bergaul mereka dengan orang-orang kulit putih sedemikian sombong, biadab dan keji, demikian juga keangkuhan mereka terhadap seluruh penduduk di bumi ini.
Aku telah menyaksikan semua ini, dan aku teringat akan ayat tersebut, aku yakin akan terjadinya sunnatullah, dan aku hampir melihat langkah-langkahnya (sunnatullah tersebut) mengyambar menuju orang-orang yang lalai.”
Setelah dua tahun beliau menetap di Amerika, akhirnya beliau pulang ke Mesir. Akan tetapi beliau telah kembali dengan wajah yang baru. Seorang lelaki yang mukmin dan istiqomah(konsisten), jelas. Semoga Allah mencucurkan rahmat kepada beliau dan menempatkan beliau di dalam syurga-Nya yang luas. Semoga Allah mengampuni beliau dan juga kita semua, ameen ya Robbal ‘alamin.
Akucintakan Islam
0 komentar: