Solat Rawatib
Permudah Hidup -
﴿﷽﴾In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most MercifulMuqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾ “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”[al-Alaq : 1]……………………………………………………
“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”
“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”
Alhamdulillah, segala pujian milik-Nya kerana memberi saya nafas dan kudrat untuk meneruskan penulisan di blog ini. Insha-Allah, pada kali ini saya akan menerangkan mengenai solat sunat Rawatib yakni solat sampingan yang mendokong solat sunat fardhu kita.
Pengertian:
1. Solat Sunat QabliyahQabliyah dari bahasa bermakna sebelum. Dalam konteks solat sunat rawatib ini, solat sunat qabliyah bererti solat sunat yang dilakukan sebelum melakukan solat fardhu yang berkenaan.
2. Solat Sunat Ba’diyahBa’diyah pula bererrti selepas. Manakala dari konteks solat sunat rawatib, solat ini dilakukan selepas melakukan solat fardhu yang berkenaan.
Pengamalan Solat Sunat RawatibBaiklah, setelah anda mengerti pengertian bagi pernyataan di atas, maka marilah kita teruskan bagi pengamalan solat sunat rawatib bagi setiap solat fardhu.
SubuhSolat sunat subuh adalah dilakukan sebelum melaksanakan solat fardhu subuh, yakni Qabliyah. Solat ini dilaksanakan sebanyak dua rakaat.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:“Tidak ada solat sunat yang lebih dijaga dan selalu dikerjakan oleh Nabi s.a.w melebihi solatSunat 2 rakaat sebelum subuh.”[HR Bukhari dan Muslim]
ZuhurBagi solat zuhur pula, solat sunat rawatibnya adalah 4 rakaat sebelum solat zuhur(2 rakaat + 2 rakaat diselangi dengan salam pada setiap 2 rakaat, bukan dimaksudkan 4 rakaat seperti solat zuhur dan asar yang tiada salam setiap 2 rakaat) dan 2 rakaat sesudahnya.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:“Baginda solat sunat 4 rakaat sebelum zuhur di rumahku, kemudian pergi ke masjiduntuk mengimami solat, lalu pulang ke rumah dan solat sunat 2 rakaat.”[HR Muslim]
AsarUntuk solat rawatib Asar, solat ini dilakukan 4 rakaat(2 rakaat + 2 rakaat diselangi salam setiap 2 rakaat) sebelum melaksanakan solat fardhu Asar.Dari Ibn Umar r.a., katanya bahawa Rasulullah saw bersabda:“Semoga Allah mengasihi orang yang solat sunat 4 rakaat sebelum Asar.”[HR Tirmidzi]
MaghribSolat sunat 2 rakaat dilakukan setelah anda melaksanakan solat fardhu Maghrib:Dari Ibn Umar, katanya:“Aku hafal 10 solat sunat daripada Rasulullah saw, yakni 2 rakaat sebelum zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat setelah maghrib di rumah baginda, 2 rakaat setelah isyak di rumah baginda dan 2 rakaat sebelum subuh. Itu adalah waktu-waktu yang tidak selayaknya untuk bertamu kepada baginda s.a.w.”[HR Bukhari dan Muslim]10 rakaat yang disebutkan dalam hadis ini lebih kuat kesunnahannya(sunat muakkad) dibandingkan yang lain.
IsyakSolat rawatib setelah Isyak adalah 2 rakaat dan disertakan 1 rakaat solat sunat witir.Hadisnya adalah berdasarkan hadis di atas dan bagi solat witir.Dari Ibn Umar r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda:“Witir adalah 1 rakaat di akhir malam.”[HR Muslim]
Niat dan Lafaz Niat?Lafaz Niat(contoh bagi solat qabliyah zuhur): “Usolli sunnatan zuhri rok’ataini qabliyatan lillahi ta’ala.”Niat: “Sahaja aku solat sunat zuhur 2 rakaat qabliyah(sebelumnya) kerana Allah ta’ala.”
Lafaz Niat(contoh bagi solat ba’diyah zuhur): “Usolli sunnatan zuhri rok’ataini ba’diyatan lillahi ta’ala.”Niat: “Sahaja aku solat sunat zuhur 2 rakaat ba’diyah(selepasnya) kerana Allah ta’ala.”*Serupa juga halnya dengan solat sunat rawatib bagi waktu lain.
Solat Witir?
Solat sunat witir dilakukan dengan nombor ganjil seperti 1,3,5,7 dan sebagainya. Solat ini adalah sebagai solat terakhir pada malam harinya.
Solat sunat witir 1 rakaat, Lafaz niat: “Usolli sunnatan witr rok’atin lillahi ta’ala.”Niat: “Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah ta’ala.”
*p/s: Perlu ambil perhatian bahawa solat sunat rawatib yang dimaksudkan 4 rakaat adalah dilakukan 2 rakaat terlebih dahulu, kemudian beri salam. Sesudah itu, bangun dan selesaikan 2 lagi rakaat solat rawatib dengan niat yang sama juga. Hal ini yang menyebabkan solat ini dipanggil 4 rakaat, bukanlah bererti solat ini dilakukan 4 rakaat sekaligus, kerana Rasulullah saw memisahkan setiap 2 rakaat solat rawatib ini dengan salam. Wallahu alam.
Semoga penulisan ini membantu anda untuk lebih memperbanyakkan amalan untuk mendapatkan rahmat Allah swt, insha-Allah ^_^
Ingin bertanya dan beri pendapat? Atau mahu bertanya soalan peribadi? E-melkan kepada: aku_cintakan_islam@yahoo.com
Sila subscribe blog ini jika tidak mahu terlepas sebarang post yang kami update. Caranya, di tepian blog ini terdapat ruangan untuk “subscribe via e-mail”. Masukkan e-mel anda di situ dan automatik anda telah melanggan ke blog ini. Tiada spam. Maklumat anda tidak akan didedahkan. Segala update terbaru dari blog ini akan anda dapati di e-mel anda. Mudah bukan?
Dan jangan lupa menjemput sahabat-sahabat membaca di blog ini juga ya? ^_^ jika anda mahukan saya post mengenai sesuatu topik, e-mel sahaja pada aku_cintakan_islam@yahoo.com. Saya akan berikan maklum balas kepada anda, insha-Allah ^_^
Grafik dan gambar adalah daripada "Sigma Operation" dan "PuteraMujahidIslam Studio".Akucintakan Islam
0 komentar: