Syamail Muhammadiyyah - Fizikal Rasulullah
Permudah Hidup -
Syamail Muhammadiyyah – Fizikal Baginda ﷺ
﴿﷽﴾In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most MercifulMuqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾ “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………
“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”
“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”
Alhamdulillah, segala puji-pujian milik-Nya Maha Kuasa, yang mentadbir alam ini dengan adil dan saksama, kerana telah memberi saya peluang untuk berkongsi lagi bersama anda semua mengenai seorang insan yang telah membawa perubahan besar pada bumi ini, menjaga hak para wanita yang dahulunya tercalar, yang membenarkan kitab-kitab dan para anbiya’ terdahulu, beliau adalah baginda Muhammad ﷺ .
Dalam penulisan kali ini, saya ingin menceritakan kepada anda semua mengenai kekasih mulia kita ini. Insha-Allah. Inilah Syamail Muhammadiyyah(Keanggunan Rasulullah ﷺ) berkaitan fizikalnya:
Fizikal Rasulullah ﷺ .
1. Anas bin Malik berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat dan juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu keriting dan tidak juga lurus. Beliau diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Beliau menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama empat puluh tahun dan di Madinah juga selama sepuluh tahun. Beliau diwafatkan Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”
[HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi]
2. Anas bin Malik berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak keriting dan tidak lurus. Warna kulit beliau coklat. Jika berjalan, pergerakannya condong(menandakan sifat jalan Rasulullah yang cepat dan pijakan kakinya kuat) ke hadapan.”
[HR Bukhari dan Tirmidzi]
3. Al-Bara’ bin Azib berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana, jarak antara kedua-dua bahunya lebar(bidang). Rambutnya yang panjang terurai ke bahu sampai ke telinga. Apabila beliau memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”
[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud]
4. Ali bin Abi Talib bercerita mengenai Rasulullah ﷺ :
“Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu yang lebat yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan sepenuh kekuatan), seolah-olah beliau sedang turun di lereng yang curam. Apabila beliau berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasulullah tidak pernah keluh kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya.). Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan beliau tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata: “Belum pernah aku melihat seseorang pun yang setanding beliau, sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah beliau meninggal dunia.”
[HR Tirmidzi]
5. Ibnu Abbas berkata:
“Ada jarak (yang kecil) pada gigi hadapan Rasulullah. Apabila beliau berbicara, kelihatan seolah-olah ada cahaya yang memancar keluar dari antara celah-celah gigi hadapannya.”
[HR Tirmidzi dan Imam Baihaqi]
6. Jabir bin Samurah berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, beliau memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang beliau dan bulan silih berganti. Menurutku, beliau lebih indah daripada bulan purnama.”[HR Tirmidzi]
7. Abu Ishaq berkata:
“Ada seorang lelaki bertanya kepada al-Bara’ bin ‘Azib, “Adakah wajah Rasulullah seperti pedang?” Al-Bara’ menjawab, “Tidak,wajah beliau bahkan seperti rembulan.”
[HR Tirmidzi dan Bukhari]Akucintakan Islam
0 komentar: